Friday, May 6, 2011

Install Windows 7

Langkah 1: Boot melalui CD-ROM Windows 7

Switch on komputer dan masukkan CD Windows 7 dalam disc drive. Bila dah tutup cd drive tu, switch-off komputer semula. Lepas tu, switch-on komputer. (proses ini untuk memastikan komputer tu dapat detect cd-rom dalam drive semasa boot.)


Komputer-komputer sekarang ni kebiasaannya memang dah di set di dalam BIOS untuk enable boot melalui CD drive. Jadi semasa start komputer tu, bila ada instruction macam ni kat screen: press any key to boot from CD/DVD... cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.




Note: Cara lain untuk boot melalui CD
Ada sebahagian jenis komputer memerlukan kita tekan key F12 atau F10 atau F9 untuk kita pilih untuk boot melalui media apa. Biasanya info untuk tekan key aoa, ada di paparkan beberapa saat semasa komputer mula di hidupkan. kalau pada komputer netbook HP 1Malaysia, kita kena tekan F9 untuk pilih media lain contohnya USB pen drive.

Lepas tu komputer akan boot melalui cd-rom Windows setup tersebut.



Langkah 2: Setup Windows 7


Sebaik sahaja berjaya boot melalui CD-ROM, kira dah senang. Cuma perlu ikut arahan pada screen.

Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows


Tunggu beberapa saat.


Pilih Architecture
 Pasal architecture x86 dan x64 ni, tak usah pening kepala kalau tak tahu apa-apa. Pilih sahaja x86. Satu lagi sebab yang memerlukan anda memilih x86 ialah RAM komputer bawah 4GB dan hard disk kecik atau hampir penuh. Kalau x64 dia perlukan lebih kurang 16GB untuk operating system sahaja. Kalau specs komputer anda super power ranger silalah pilih x64, tapi kalau biasa-biasa aje... pilih x86 sude..

Setuju dengan lesen, dan tekan Next


Pilih Custom (advanced)
 Kalau sebelum ni komputer anda ada operating system Vista, boleh pilih Upgrade. Windows XP tak boleh direct terus upgrade ke Windows 7. Jadi kena pilih Custom(advanced) untuk buat fresh install.

Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7
 Kalau komputer ada banyak hard disk atau partition, dia akan paparkan kat sini untuk kita buat pilihan.

Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options.
Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus.
Dalam Drive options(advanced)
Kat sinilah kita boleh buat atau delete partition dan format hard disk atau partition. Lepas dah settle, tekan button Next untuk memulakan proses installation. Pada kebiasaannya, akau akan buat dua partition minimum untuk memudahkan kerja backup mengbackup kalau apa-apa jadik. Dalam demo ni, aku tak buat partition.

Windows 7 sedang diinstall
 Bila dah kat sini, bolehlah rilek-rilek sambil makan kuaci. Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada kepoweran komputer anda. Komputer juga akan restart sendiri beberapa kali. Jangan risau, biarkan sahaja sampailah ke gambar kat bawah:

Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next


taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja
tekan button Next. (Aku malas nak letak password)


Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate,
takyahlah activate dulu.


Aku selalu pilih yang tengah-tengah.


Betulkan time zone.


Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network.
Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network.
(Benda ni boleh juga diubah kemudian)


Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing.


Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni.
 Lepas ni apa nak buat?

Langkah 3: Install device driver



Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat masa kita beli hardware atau laptop untuk install driver-driver tersebut.

Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan
klik kanan mouse > klik Properties


Lepas tu klik pada Device Manager


Inilah device manager
Kat Device Manager ni kita boleh periksa perkakas belum siap diinstall (yang mungkin belum ada driver atau mungkin bermasalah). Jadi, cubalah install satu-satu driver yang telah dibekalkan.

No comments:

Post a Comment