Thursday, May 5, 2011

Install Windows XP

Berikut merupakan cara-cara mudah bagaimana untuk format komputer anda. Bagi yang sudah mempunyai Windows XP pada komputer sebelum ini, anda disarankan untuk tidak menyimpan data-data penting pada partition utama (biasanya Local disk C) termasuk driver untuk komputer anda kerana semua data akan hilang sekiranya partition tersebut telah diformat. Berikut adalah langkah-langkah untuk format komputer anda;
  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
      
      
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan sekali lagi: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER. (p/s Kalau nak cepat pilih NTFS (Quick)
    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.install Windows XP
  14. Selepas restart, komputer akan install Window XP seperti di bawah.

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install Windows XP
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya. install Windows XP
  9. Selepas selesai, bolehlah anda mula install driver-driver yang diperlukan dan seterusnya perisian asas yang anda perlukan.

Bagi kawan-kawan yang selalu nak format sebab virus, cuba ikut langkah-langkah yang telah yang hitamkaninstall Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri .
diatas. Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk
Selamat Mencuba. ^_^

No comments:

Post a Comment