Friday, May 6, 2011

Software yang Perlu Ada Dalam Komputer


Hari ni aku nak share software-software yang korang wajib install kat komputer korang. Tanpa software-software ni, komputer korang umpama pohon tanpa buah. Ok, peribahasa tu takde kaitan. Pedulikan peribahasa tersebut, kita terus kepada main topic. 


Antivirus
Antivirus yang aku cadangkan untuk korang ialah antivirus avast. Kelebihan antivirus avast ni ialah ianya free dan performance pulak on par dengan antivirus berbayar. Aku pun tengah guna avast sekarang. Setakat ni tak pernah kena virus lagi. Avast bukan saja mampu scan komputer korang secara real time, ia juga mampu scan segala trafik internet semasa korang melayari internet. Secara tak langsung keselamatan di internet juga terjamin. Yang pasti avast ni lagi ok dari avira dan avg. Oleh kerana avast ni free, boleh la simpan duit korang tu untuk kegunaan lain.
Klik sini untuk download antivirus avast.


Web Browser
Web browser merupakan software yang agak penting yang perlu ada dalam komputer korang. Tanpanya korang tak boleh main facebook, blogwalking, download lagu, check email dan banyak lagi. Web browser yang aku cadangkan ialah google chrome. Google chrome ni agak laju. Selain tu ianya ringan jer dan tak pakai banyak resources. Mozilla firefox dengan opera pun ok, tapi pada pendapat aku firefox dan opera tak seringan chrome lagi-lagi kalau bukak banyak tab.
Klik sini untuk download Google Chrome.


Word Processor
Word Processor ialah software yang korang gunakan untuk membuat dan mengedit dokumen. Word processor yang aku cadangkan ialah Microsoft Office. Tapi masalahnya Microsoft Office ni berbayar. Mahal giler pulak tu. Alternatif lain ialah Open Office. Open Office ni free sebab ianya software open source. Walaupun Open Office ni agak kurang best nak guna tapi kira ok la kan sebab free. Tak payah susah-susah nak beli.
Klik sini untuk download Open Office.


Codec
Codec stand for Coder Decoder. Fungsinya untuk dekode dan enkode video. Tanpanya komputer korang takkan mampu untuk play video dengan smooth atau video langsung tak boleh play. Video yang korang download biasanya mempunyai extension avi, rmvb, mkv, mpeg dan lain-lain. Secara default Windows hanya boleh memainkan fail dengan extension asf, avi dan mpeg menggunakan Windows Media Player. Tapi kalau korang nak guna GOM player atau VLC media player, korang tak perlu dah install codec. Sebabnya kebanyakan codec dah datang sekali dengan player tersebut. Tapi aku still suka K-lite codec. Ianya juga didatangkan dengan Media Player Classic. Media Player Classic best sebab kualiti video yang cantik berbanding guna Windows Media Player. Tak percaya korang try la bezakan.
Klik sini untuk download K-lite Mega Codec Pack.


System Cleaner
System cleaner kegunaannya adalah untuk membersihkan segala sampah sarap termasuklah cache, browsing history di dalam komputer korang. System cleaner yang aku cadangkan ialah ccleaner. Ccleaner bukan hanya boleh membersihkan komputer korang, ianya juga boleh digunakan untuk membersihkan registry, disable start up program dan juga untuk uninstall software yang korang tak nak guna lagi. Start up program yang banyak menyebabkan komputer mengambil masa yang lama nak boot up. Lagipun banyak jer start up yang tak berguna. Membazir penggunaan RAM jer.
Klik sini untuk download ccleaner.


DirectX
Kalau korang adalah seorang gamer, yang ni memang sangat penting. Tanpanya game-game baru yang korang main tak akan boleh run dengan sempurna. Mesti akan keluar error. Audio dan video pun ada efek jugak kalau korang install benda ni. Cuma tak berapa nampak la.
Klik sini untuk download directx jun 2010.


Adobe Reader
Kegunaannya ialah untuk membuka fail pdf. Selain dari format doc, dokumen selalunya disimpan dalam bentuk pdf. Lagi-lagi yang korang download dari internet. So, ia agak penting jugak la. Biasa orang buat fail pdf ni sebab tak bagi edit. Kualiti dokumen pun agak best kalau simpan dalam bentuk pdf.
Klik sini untuk download Adobe Reader.


Winamp
Secara default Windows media player boleh play fail mp3 korang. Tapi kualiti audio yang dihasilkan tak beberapa memuaskan. So gunalah winamp untuk dengar mp3 kegemaran korang. Nak lagi best tambah lyric plugin. Boleh korang dengar lagu sambil karaoke.
Klik sini untuk download Winamp.


Winrar
Kegunaannya adalah untuk compress fail ke bentuk rar/zip atau extract fail dari fail rar/zip. Selalunya bila kita download fail dari internet ia akan mempunya extension rar. Apabila ia di compress, maka saiznya lebih kecil. Masa untuk mendownload akan dijimatkan. Gunakan winrar untuk extract fail rar yang korang download.
Klik sini untuk download Winrar.


Banyak lagi software free yang korang boleh download. Kalau nak download, boleh download kat FileHippoSetakat ni jer la kot. Kalau ada yang patut aku tambah, aku akan tambah kemudian.

No comments:

Post a Comment